Bagaimana membuat pertaruhan di Expekt.com
Membuat taruhan dengan Expekt.com adalah mudah, selamat dan mudah diakses. Anda membuat taruhan melalui Internet maka tiada masa buka yang perlu diketahui. Anda boleh membuat taruhan 24 jam sehari dan sehingga 5 minit sebelum permulaan sesuatu acara. Expekt.com menawarkan peluang membuat taruhan bagi pelbagai acara dalam beberapa jenis sukan, contohnya bola sepak, hoki ais, tenis, ski, golf, olahraga dan Formula 1. Dalam setiap jenis sukan kami cuba memasukkan kesemua acara yang menarik, dan ini bermakna kami mempunyai 300-400 acara setiap minggu bagi membuat taruhan.
Buka satu akaun taruhan
Untuk membolehkan anda membuat taruhan dengan Expekt.com anda perlu membuka satu akaun dengan mendaftar di tapak kami. Apabila anda sudah mendaftar anda akan menerima satu ID pelanggan. ID pelanggan peribadi ini kemudiannya digunakan apabila anda perlu menghubungi Expekt.com. Membuka akaun adalah percuma dan anda boleh menamatkan akaun anda bila-bila masa. Semua transaksi di akaun taruhan anda direkodkan sama seperti akaun bank di sesebuah bank. Anda mempunyai kawalan mutlak terhadap taruhan-taruhan anda.
Aktifkan akaun
Anda mengaktifkan akaun anda dengan mendepositkan wang ke salah satu akaun Expekt.com. Apabila anda membuat deposit adalah penting bagi anda menyatakan ID pelanggan dan nama anda. Ia akan mengambil 3-4 hari perniagaan sebelum kami mendapatkan pengesahan daripada bank dan mengkreditkan akaun anda agar anda boleh mula membuat taruhan.
Buat taruhan anda
Membuat taruhan dengan Expekt.com adalah amat mudah. Anda log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang anda pilih semasa mendaftar. Apabila anda sudah log masuk ke akaun peribadi anda, anda akan boleh membuat taruhan terhadap acara-acara yang ditawarkan kemungkinannya oleh Expekt.com pada masa berkenaan. Anda hanya perlu memilih perlawanan-perlawanan yang ingin dibuat taruhan dan klik pada kemungkinan yang berkaitan. Anda membuat slip anda dengan menggabungkan sehingga 20 perlawanan menggunakan cara ini. Anda kemudian memilih jumlah yang ingin anda pertaruhkan dan menyelesaikannya dengan mengesahkan taruhan berkenaan.